Berani Hidup Berani lah Mati
Itulah Dia Prinsip Punai Dan Sangkar
Bila Sudah Bertemu
Kasih Dan Sayang DiCurah
Bila Sudah Berpisah
Sakit Tak Terperi
Rasa Terasa
Bahagia Menanti
Abadi Berkekalan
Ahad, Julai 19, 2009
Aku Dan Aku
Dicatat oleh TOK Garang di 9:00:00 PTG
Kisah Ustaz Hanafi -Sejarah siri 'try' yang pertama di Kuala Lumpur
Dicatat oleh TOK Garang di 6:33:00 PTG
Isnin, Mei 11, 2009
Korban
Korbankan minda,
Korbankan hati,
Satukan di jiwa,
Tangkis apa nafsu menyusu,
Tauhidkan di taman lubuk hati,
Agar mekar semerbak kasturi,
Saat ketika ia datang,
Membawa panduan untuk dipatuhi,
Petunjuk benar lagi benar didatang,
aku gembira melihat aku,
Aku kenal siapa aku,
hatiku dipaku terkaku,
Rahmat Tuhan redhanya aku,
korbankan segala ada,
Untuk bersyukur dan memohon ampun,
Taat dibawa sampai ada,
Lurus berdiri mengadap Maha Pengampun,
Cukupkah pengorbanan daku,
Aku tiada upaya seberat habuk,
Nak dibandingkan aku longlai, lupa terpaku,
Sebab aku tiada kuasa sebesar habuk,
Hidup matiku dengan Allah kerana Allah kepada Allah dan dari Allah.
Nukilan : Sungaijiwa , Al Mizhar - Dubai
Jam 1.52 ptg , 07/12/08
Dicatat oleh TOK Garang di 7:47:00 PTG
Bicara Kehidupan
“Bagaimana caranya,” tanyaku.
“Hanya dengan memberi minum seteguk air pada seekor anjing yang sedang kehausan,” katanya.
Aku termenung mendengar kata-kata itu. Betapa tinggi nilainya falsafah kehidupan yang terkandung dalam susunan serangkap ayat.
Kenapa mesti anjing. Kenapa tidak rusa, kijang atau kuda, fikiranku mengulangi
Kata-kata yang diluahkan oleh rakanku tadi.
Sedangkan hukum mengatakan anjing itu najis. Anjing adalah antara binatang yang terhina,
Tetapi Tuhan menjadikan anjing. Bererti Dia merelakan adanya anjing. Malah anjing dijadikan umpama bagi seseorang itu untuk masuk syurga.
Apatah lagi kalau anjing itu manusia. Sesungguhnya kata-kata yang keluar dari manusia yang hina dan dinista adalah kata-kata hikmat yang mampu mengubah dunia.
Di sini tuhan anjing adalah Makhluknya. Di sini manusia anjing itu najis. Tetapi najis pada zahirnya. Pada batinnya bagaimana?
Bagaimana kejadian anjing dengan kejadian manusia? Kukira kejadiannya serupa. Tidak akan lahir seekor anjing kalau tiada jantan dan betina.
Apakah manusia itu anjing? Sudah tentu tidak. Jadi manusia itu apa? Inilah persoalan yang masih ku cari jawapannya. Aku masih belum ketemu manusia ini siapa. Yang jelasnya aku ini siapa. Aku bukan anjing.
Aku adalah aku. Anjing itu adalah anjing.
Kukira anjing itu tidak perlu tahu dirinya siapa. Hanya manusia saja yang perlu mencari jawapannya. Manusia lebih mulia daripada anjing kerana mencari dirinya. Segala tindak tanduk manusia tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencari rahsia diri.
Tetapi mana hendakku cari. Aku pasti menjadi sesat kalau aku terus mencari. Bagaimana hendakku cari benda yang tiada kesudahan, yang tiada pangkal dan tiada hujung.
Tetapi yang jelas pada anjing aku tidak harus memandang hina. Apatah lagi pada manusia kerana manusia ini mengandungi rahsia. Rahsia yang sukar diungkapkan.
Kukira manusia ini terlalu angkuh pada diri, menganggap dirinya saja mulia. Begitu juga aku, masih ragu untuk mengaku anjing itu aku.
Sebenarnya anjing itu, tetapi aku harus mengumpul kekuatan untuk menganggap anjing itu aku.
“Ya tuhan! Aku tidak mengatakan anjing itu aku, selagi aku tidak mengetahui siapa aku.”
Aku rasa orang yang masuk syurga kerana memberi seteguk air kepada anjing yang kehausan adalah kerana dia mampu memandang anjing itu dia. Kerana dia tahu siapa dia.
Bagaimana dengan aku yang masih meraba-raba mencari aku.
Dari: Pak Syeikh Al-Langat
Dicatat oleh TOK Garang di 7:45:00 PTG
Khamis, Mac 12, 2009
HIDUP MATI
Tanah mana di cari
Untuk bercucuk tanam
Mata air juga dicari
Agar ia subur tebenam
Hiduplah ia dengan rahmat
Lurus berdiri ia menegak
Mencari matlamat
Dan hasil tertegak
Kebun dicuci bersih
Hingga sampah tiada
Dibuang penuh kasih
Moga cantik yang ada
Sayang kasih cinta terdapat
Rahmat juga dikurniakan
Tak terkira ia mendapat
Rebah syukur di berikan
Masa sampai untuk dituai
Hasilpun sudah dirasa
Terima kasih dan taat dibuai
Di bawa bersama kekal serasa
Nukilan : Sungaijiwa, Almizhar - Dubai
3.00 pagi , 03/12/08
Dicatat oleh TOK Garang di 6:29:00 PTG
Sabtu, Februari 14, 2009
Mengaumnya Dua Ekor Harimau Berjiwa Merdeka

Wahai melayu yang mudah layu adakah kamu-kamu mempunyai kekuatan yang cukup supaya musuh-musuh kamu yang terdiri dari Yahudi, Nasrani dan kuncu-kuncunya merasa gentar dengan kamu. Tetapi keadaan sudah menjadi sebaliknya apabila musuh-musuh kamu telah menterjemahkan kepada dirimu wahai pewaris bunga bangsa. Lihatlah hari ini mereka telah mengadaptasikan (menggunapakai) dan mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran yang terdapat dalam surah Al-Anfal. Yang mana sepatutnya diamalkan oleh orang-orang islam. Lantaran itu menyebabkan seluruh negara islam dan umatnya merasa gentar dengan kekuatan yang dimiliki oleh Yahudi, Nasrani dan kuncu-kuncunya. Kerajaan (Persekutuan) hari ini yang melambangkan dua ekor harimau garang telah melahirkan Petronas, Felda, Felcra, UiTM, Tabung Haji, Telekom, TNB, ASB dan segala macam GLC yang mana dimiliki oleh melayu yang mudah layu. Ini adalah tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk membina kekuatan supaya musuh berasa gentar (Al-Anfal :60)
Nukilan ini dihasilkan kerana di akhir-akhir ini semakin ramai melayu yang hilang adab dan adat. Hasil dari itu lahir kecelaruan pemikiran tanpa bersandarkan adab dan adat. Tujuannya untuk menyedarkan anak-anak bunga bangsa dari terus terlena, lalai dan leka walaupun sudah lebih setengah abad merdeka dari satu kemajuan ke satu kemajuan. Kenangilah jerit perit tokoh-tokoh pejuang yang terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan yang dapat kita kecapi sekarang. Akhir sekali kepada pewaris bunga bangsa, Jangan kita menjadi seumpama seekor kera di atas pokok yang mana apabila dilanda dan dipukul ribut masih tegak, teguh dan tidak jatuh ke tanah. Akan tetapi apabila disapu angin sepoi-sepoi bahasa terus leka dan terlena dan akhirnya jatuh ke tanah.



Dicatat oleh TOK Garang di 6:58:00 PTG
Harimau Malaya Lambang Kedaulatan
Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tandaNeger-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Cogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Dicatat oleh TOK Garang di 6:53:00 PTG