Jumaat, Januari 20, 2012

‘PERKENALAN’ USTAZ HANAFI DENGAN PAK HAJI ZAIN

Seperti biasa Ustaz Hanafi selalu bersembang dan bercerita kuat pasal agama di meja bulat kedai kopi di Pekan Rabu. Suatu hari Pak Hussin telah mengajak Pak Haji Zain ‘memotong’ Ustaz Hanafi yang ‘syok’ bercerita.

“Tue, Hanafi tengah bercerita.. mari kita kacau dia…" kata Pak Hussin.

Pergilah Pak Haji Zain dan Pak Hussin ke tempat Ustaz Hanafi iaitu di meja bulat yang dikelilingi ramai orang sambil meletak sebatang pen dan mencabar Ustaz Hanafi.

“Kalau Hanafi betul-betul hebat.. Hanafi bagi pen tue berdiri dan jangan pegang..” Kata Pak Haji Zain kepada Ustaz Hanafi di depan orang yang ramai.

Marahlah Ustaz Hanafi kerana dicabar sedemikian.

“Pak Haji loyar buruk.. Pak Haji keluaq kat jalan tue.. Saya nak tampaq muka Pak Haji” balas Ustaz Hanafi.

“Ini tulang nie, kalau Hanafi tumbuk patah tau…” Kata Pak Haji Zain yang berdiri dan angkat baju pagoda yang dipakai sambil tunjuk tulang rusuk kirinya.

Setelah itu beredarlah Ustaz Hanafi dan pergi ke kedai kopi lain sambil diikuti oleh dua tiga orang tanpa berbuat apa-apa pun kepada Pak Haji Zain. Tetapi Pak Hussin sekali lagi mengajak Pak Haji Zain pergi kacau Ustaz Hanafi. Lalu kedua-duanya mengulangi sekali lagi dan Pak Haji Zain telah berdepan dengan Ustaz Hanafi sambil berkata .......

“Macam nie lah Hanafi.. Kalau Hanafi nak jugak bergaduh dengan saya, kita pi belakang kedai... Sebab kalau kita bergaduh kat depan kedai nie.. Saya nie orang tua.. Hanafi orang muda.. Kalau saya jatuh.. tentulah malu sebab saya nie orang tua.. Tapi kalau Hanafi jatuh lagi Hanafi malu”

“Kalau Hanafi nak jugak kita pi belakang kedai tapi Hanafi cari tali, ikat tangan saya dan ikat kaki saya.. takut Hanafi kena teruk..”

Pada masa yang sama Pak Hussin cuba meleraikan ketegangan tersebut. Ustaz Hanafi ‘tengok’ muka Pak Haji Zain lalu terus salam dan peluk Pak Haji Zain.

Saya nak belajar dengan Pak Haji” Kata Ustaz Hanafi secara ringkas kepada Pak Haji Zain.