Jumaat, Disember 19, 2008

Sang Belang

Harimau tergolong dalam kerajaan haiwan dalam filum kordata (bersaraf tunjang), sub-filum vertebrata (bertulang belang), kelas mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu), susunan maging (Carnivor), keluarga felidae (kucing), genus panthera, spesies tigris (harimau).

Harimau biasanya memburu mangsa yang agak besar seperti rusa sambar, kijang, babi, kancil, tetapi akan memburu haiwan kecil seperti landak sekiranya ketiadaan mangsa.

Terdapat enam sub-spesies harimau dalam Genus Panhera yang masih hidup pada masa sekarang dari jumlah asal sembilan sub-spesies harimau moden. Tiga sub-spesies harimau yang selebihnya telah dianggap pupus secara rasmi. Sub-spesies harimau yang diketahui adalah seperti berikut:-

  • Harimau Siberia (Panthera tigris altaica) - atau juga dikenali sebagai Amur, Ussuri, Harimau Timur Laut China, atau harimau Manchuria. Harimau Siberia tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput China, Korea Utara, dan Asia Tengah di Russia. Sub-spesies ini merupakan yang terkuat di antara semua jenis kucing liar di dunia.
  • Harimau Cina Selatan (/amoy) (Panthera tigris amoyensis) - yang tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput tengah dan barat Republik Rakyat China. Harimau ini pernah digelar oleh Mao Zedong sebagai satu ancaman kepada keselamatan orang ramai.
  • Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Malaysia, Kemboja, Republik Rakyat China, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam.
  • Harimau Bengal (Panthera tigris tigris) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumputBangladesh, Bhutan, Republik Rakyat China, India dan Nepal.
  • Harimau Sumatra (Panthera tigris sumatrae) - yang tinggal hanya di kepulauan Sumatera.
  • Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni) - yang terdapat di kawasan Semenanjung Malaysia. Sehingga tahun 2004, harimau Malaya tidak diiktiraf sebagai sub-spesies yang berbeza, sebaliknya dianggap sebagai sub-spesies Harimau Indochina.
  • Harimau Bali (Panthera tigris balica) - yang telah pupus sekitar 1937. Harimau Bali pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Bali, Indonesia.
  • Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) - yang telah pupus sekitar 1972. Harimau Jawa pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Jawa, Indonesia.
  • Harimau Caspian (Panthera tigris virgata) - yang telah pupus sekitar 1950an. Harimau Caspian ini pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan dan padang rumputAfganistan, Iran, Mongolia, Turki, dan kawasan Asia tengah Russia.

Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni atau Panthera tigris malayensis) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia. Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari sub-spesies Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) melalui ujian genetik dan filogenik pada tahun 2004. Dianggarkan terdapat 490-510 ekor harimau ini yang hidup liar.

Harimau Malaya merupaka lambang rasmi Malaysia iaitu dalam Jata Negara Malaysia.Lambang ini juga ada dalam logo institusi- institusi Malaysia yang lain seperti Maybank, Proton dan Football Association of Malaysia atau lebih dikenali sabagai FAM. Lambang harimau menunjukkan kepada keberanian dan kekuatan rakyat Malaysia. Harimau Malaya ini juga mendapat pelbagai nama gelaran seperti "Pak Belang" dan sebagainya.

Harimau Malaya juga merupakan nama personifikasi bagi Malaysia. Digelar Pak Belang, ia merujuk kepada dua ekor harimau belang yang terdapat pada lambang negara malaysia yang melambangkan keberanian dan kegigihan rakyat Malaysia mempertahankan tanah air. Harimau Malaya juga merupakan nama gelaran bagi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.



SKUAD HARIMAU MALAYA



LOGO MAYBANK



LOGO PROTON