Khamis, Januari 22, 2009

Malino Junsi

Allahyarham Malino Junsi merupakan salah seorang ahli awal pada masa kemunculan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di Kuala Lumpur. Beliau telah mempelajari ilmu silat cekak setelah di ajak oleh Yang Mulia Encik Marui @ Marwi bin Latif iaitu Guru Utama Silat Cekak Hanafi sekarang.
Sebelum mempelajari Silat Cekak, Allahyarham Malino adalah seorang gangster besar di Kuala Lumpur. Hasil didikan Almarhum Ustaz Hanafi, beliau telah berubah dan meninggalkan segala kegiatan yang dilakukan sebelumnya. Ini adalah bersesuaian dengan kata - kata berikut yang telah dibuktikan oleh Ustaz Hanafi
"Sebaik-baik manusia ialah orang yang boleh menyesuaikan dirinya dengan orang-orang yang rosak akhlaknya sehingga dapat memperbaharui akhlak orang itu hingga menjadi baik".
Selepas tamat silat cekak, beliau telah dilantik sebagai tenaga pengajar sepenuh masa dan telah ditugaskan mengajar silat cekak di Kuantan atas arahan Ustaz Hanafi. Di samping itu, di Kuantan beliau telah menjalani kehidupan yang normal tanpa melibatkan diri dengan kegiatan gangster.
Tetapi, pengunduran dirinya tidak di senangi oleh rakan - rakan lamanya. Yang mana segala gerak gerinya telah diperhatikan sekian hari dengan tujuan untuk menghapusnya. Tapi maut telah menemuinya, bila beliau telah di block dengan lori. dan di langgar dengan Pajero. Setelah peristiwa itu, tempat Allahyarham Malino sebagai jurulatih sepenuh masa telah di ambil alih YM Encik Marui @ Marwi bin Latif. Semoga jenazah dan makam Allahyarham Malino Junsi dicucuri rahmat.
-Al-Fatihah-