Korbankan minda,
Korbankan hati,
Satukan di jiwa,
Tangkis apa nafsu menyusu,
Tauhidkan di taman lubuk hati,
Agar mekar semerbak kasturi,
Saat ketika ia datang,
Membawa panduan untuk dipatuhi,
Petunjuk benar lagi benar didatang,
aku gembira melihat aku,
Aku kenal siapa aku,
hatiku dipaku terkaku,
Rahmat Tuhan redhanya aku,
korbankan segala ada,
Untuk bersyukur dan memohon ampun,
Taat dibawa sampai ada,
Lurus berdiri mengadap Maha Pengampun,
Cukupkah pengorbanan daku,
Aku tiada upaya seberat habuk,
Nak dibandingkan aku longlai, lupa terpaku,
Sebab aku tiada kuasa sebesar habuk,
Hidup matiku dengan Allah kerana Allah kepada Allah dan dari Allah.
Nukilan : Sungaijiwa , Al Mizhar - Dubai
Jam 1.52 ptg , 07/12/08
Meneruskan gerak penceritaan berkenaan. Bersambung daripada Ke Pesta Buku
KL 2026 bersama anak-anak.
Malam itu membawa isteri ke kampus UTM (Universiti...
