Korbankan minda,
Korbankan hati,
Satukan di jiwa,
Tangkis apa nafsu menyusu,
Tauhidkan di taman lubuk hati,
Agar mekar semerbak kasturi,
Saat ketika ia datang,
Membawa panduan untuk dipatuhi,
Petunjuk benar lagi benar didatang,
aku gembira melihat aku,
Aku kenal siapa aku,
hatiku dipaku terkaku,
Rahmat Tuhan redhanya aku,
korbankan segala ada,
Untuk bersyukur dan memohon ampun,
Taat dibawa sampai ada,
Lurus berdiri mengadap Maha Pengampun,
Cukupkah pengorbanan daku,
Aku tiada upaya seberat habuk,
Nak dibandingkan aku longlai, lupa terpaku,
Sebab aku tiada kuasa sebesar habuk,
Hidup matiku dengan Allah kerana Allah kepada Allah dan dari Allah.
Nukilan : Sungaijiwa , Al Mizhar - Dubai
Jam 1.52 ptg , 07/12/08
Salam. Ada sedikit perkongsian daripada hujung minggu baru ini.
Jumaat malam Sabtu 15 Ogos 2025 saya dan isteri bergerak ke Muar untuk
menziarahi ibu b...