Sabtu, Februari 14, 2009

Mengaumnya Dua Ekor Harimau Berjiwa Merdeka

Jata negara Malaysia.


Lihatlah dua ekor harimau yang sedang mengaum untuk menunjukkan keberanian , kegagahan dan kegarangannya. Walaupun garang ia masih boleh duduk semeja berbincang lebih setengah abad dengan jiwa merdeka, rasa timbang tara, timbang rasa dan kasih sayang di bawah naungan diraja. wahai anak-anak bunga bangsa... adakah anda anak-anak bunga bangsa yang mudah layu masih layu.. melayuuuuu... Pewaris bunga bangsa UMNO, Pas, Melayu PKR sudah hilang akal atau tidak berakal atau sudah kering akal kehilangan timbang tara. Wahai melayu bunga bangsaku yang mudah layu..Jadilah, insaflah, renunglah, fikirkanlah dan lihatlah dua ekor harimau yang garang yang mana lebih setengah abad berjiwa merdeka masih lagi tidak hilang akal fikiran, berfikiran waras dan tidak kehilangan kasih sayang. Wahai melayu yang mudah layu akalnya, fikirannya, emosinya dan tindakannya. Kembalilah perkukuhkan tali-tali Allah (silaturrahim). Jernihkan fikiran dan terangkan mata hati luaranmu dan dalammu. Jadilah dirimu seolah-olah seperti harimau garang yang panjang muslihat akalnya.

Wahai melayu yang mudah layu adakah kamu-kamu mempunyai kekuatan yang cukup supaya musuh-musuh kamu yang terdiri dari Yahudi, Nasrani dan kuncu-kuncunya merasa gentar dengan kamu. Tetapi keadaan sudah menjadi sebaliknya apabila musuh-musuh kamu telah menterjemahkan kepada dirimu wahai pewaris bunga bangsa. Lihatlah hari ini mereka telah mengadaptasikan (menggunapakai) dan mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran yang terdapat dalam surah Al-Anfal. Yang mana sepatutnya diamalkan oleh orang-orang islam. Lantaran itu menyebabkan seluruh negara islam dan umatnya merasa gentar dengan kekuatan yang dimiliki oleh Yahudi, Nasrani dan kuncu-kuncunya. Kerajaan (Persekutuan) hari ini yang melambangkan dua ekor harimau garang telah melahirkan Petronas, Felda, Felcra, UiTM, Tabung Haji, Telekom, TNB, ASB dan segala macam GLC yang mana dimiliki oleh melayu yang mudah layu. Ini adalah tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk membina kekuatan supaya musuh berasa gentar (Al-Anfal :60)

Nukilan ini dihasilkan kerana di akhir-akhir ini semakin ramai melayu yang hilang adab dan adat. Hasil dari itu lahir kecelaruan pemikiran tanpa bersandarkan adab dan adat. Tujuannya untuk menyedarkan anak-anak bunga bangsa dari terus terlena, lalai dan leka walaupun sudah lebih setengah abad merdeka dari satu kemajuan ke satu kemajuan. Kenangilah jerit perit tokoh-tokoh pejuang yang terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan yang dapat kita kecapi sekarang. Akhir sekali kepada pewaris bunga bangsa, Jangan kita menjadi seumpama seekor kera di atas pokok yang mana apabila dilanda dan dipukul ribut masih tegak, teguh dan tidak jatuh ke tanah. Akan tetapi apabila disapu angin sepoi-sepoi bahasa terus leka dan terlena dan akhirnya jatuh ke tanah.

P/S: Lihatlah perbezaan Jata Negara antara yang lama dengan yang baru. Jata Negara perlu diubah, memandangkan itu adalah jata negara yang lama. Contohnya, Jata baru memaparkan Jambatan Pulau Pinang dan Pokok Pinang di sebelah kiri dan bendera Sarawak diganti dengan jata negara bermotifkan burung kenyalang.

Harimau Malaya Lambang Kedaulatan

Jata Negara Malaysia yang asal.


Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tandaNeger-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.

Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Cogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Sabtu, Januari 24, 2009

Rasa Lihat

Lihat rupa yang serupa
Cerminlah IA moga berupa
Lihat apa yang ada
Tusukkan hingga ke sanubari
Lihat dengan yang ada
Bersyukur tidak terperi
Lihat apa yang di dalam
Sampai ke lubuk jantung
Lihat hingga rasa terpendam
Rasa terasa yang dikantung
Lihat alam pada yang berupa
Alam dicipta sebagai hamba
Lihat siapa hamba siapa Raja
Cepat bersujud pada Pencipta

nukilan :Sungaijiwa - Al Mizhar , Dubai
jam 10.55 malam

Khamis, Januari 22, 2009

Malino Junsi

Allahyarham Malino Junsi merupakan salah seorang ahli awal pada masa kemunculan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di Kuala Lumpur. Beliau telah mempelajari ilmu silat cekak setelah di ajak oleh Yang Mulia Encik Marui @ Marwi bin Latif iaitu Guru Utama Silat Cekak Hanafi sekarang.
Sebelum mempelajari Silat Cekak, Allahyarham Malino adalah seorang gangster besar di Kuala Lumpur. Hasil didikan Almarhum Ustaz Hanafi, beliau telah berubah dan meninggalkan segala kegiatan yang dilakukan sebelumnya. Ini adalah bersesuaian dengan kata - kata berikut yang telah dibuktikan oleh Ustaz Hanafi
"Sebaik-baik manusia ialah orang yang boleh menyesuaikan dirinya dengan orang-orang yang rosak akhlaknya sehingga dapat memperbaharui akhlak orang itu hingga menjadi baik".
Selepas tamat silat cekak, beliau telah dilantik sebagai tenaga pengajar sepenuh masa dan telah ditugaskan mengajar silat cekak di Kuantan atas arahan Ustaz Hanafi. Di samping itu, di Kuantan beliau telah menjalani kehidupan yang normal tanpa melibatkan diri dengan kegiatan gangster.
Tetapi, pengunduran dirinya tidak di senangi oleh rakan - rakan lamanya. Yang mana segala gerak gerinya telah diperhatikan sekian hari dengan tujuan untuk menghapusnya. Tapi maut telah menemuinya, bila beliau telah di block dengan lori. dan di langgar dengan Pajero. Setelah peristiwa itu, tempat Allahyarham Malino sebagai jurulatih sepenuh masa telah di ambil alih YM Encik Marui @ Marwi bin Latif. Semoga jenazah dan makam Allahyarham Malino Junsi dicucuri rahmat.
-Al-Fatihah-

Jumaat, Januari 16, 2009

Ustaz Hj. Hanafi Hj. Ahmad

























Berikut adalah sejarah hidup beliau secara ringkas.


Ustaz Hj. Hanafi Hj Ahmad (1923 – 1986) - 63 tahun.


Tahun 1923 - dilahirkan di Kg Sungai Baru, Mukim Gunong Alor Setar, Kedah.

Tahun 1929 (6 tahun) -mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunong,Alor Setar Kedah.

Tahun 1933 (9 tahun) -belajar di sekolah pondok Kampong Alor Goncah, Mukim Gunong, Alor Setar, Kedah.

Tahun 1935 (11 tahun) -diberhentikan dari sekolah kerana dikatakan berkelakuan tidak baik walaupun beliau menafikannya.

Tahun 1936 (13 tahun) -menyambung pelajaran di pondok Guar Chempedak, Gurun, Kedah.

Tahun 1937 (14 tahun) -berhenti dari sekolah pondok di Guar Chempedak.

Tahun 1937 (14 tahun) - selepas behenti dari pondok di Guar Chempedak, beliau kembali ke kampung beliau dan belajar dengan beberapa guru sekolah pondok di kampung beliau dan juga bapa saudara beliau untuk beberapa tahun.


Tahun 1942 (19 tahun) -mula bertemu dan belajar dengan Pak Ngah Sharif selama 3 tahun. Antara ilmu yang diperlajari adalah ilmu ketuhanan dan perubatan.

Tahun 1945 (22 tahun) -mula menjelajah ke seluruh tanah air untuk menjual ubat.

Tahun 1946 (23 tahun) -menyertai bidang politik dengan menganggotai Parti Seberkas.


Tahun 1946 (23 tahun) -bertemu Encik Yahaya Said untuk kali pertama ketika sedang menjual ubat.

Tahun 1947 (24 tahun) - mendirikan rumah tangga dengan Puan Maimunah Haji Othman.




Tahun 1956 (33 tahun) - keluar dari Parti Seberkas.


Tahun 1957 (34 tahun) -mula belajar dengan Pak Hj Zain Lebai Abdul Rahman bersama Hussin Muhammad.

Tahun 1959 (36 tahun) - menyertai Parti Negara pimpinan Datuk Onn Jaafar. Bertanding dalam pilihanraya bagi Kawasan Langkawi sebagai calon Parti Negara tetapi tewas. Setelah tewas dalam pilihanraya, Ustaz Hanafi dan keluarga telah berpindah ke Lenggeng, Negeri Sembilan dan tinggal di sana selama satu tahun setengah.


Tahun 1962 (39 tahun) - kerana kehidupan yang susah di Lenggeng, beliau kembali ke Kedah dan meneruskan kerja menjual ubat di Pekan Rabu dan sekitarnya.

Tahun 1963 (40 tahun) -dilantik menjadi Pegawai Penerangan Pejabat Zakat dan kemudiannya beliau dinaikkan pangkat menjadi Pegawai Penyelia Zakat bagi kawasan Kota Setar I. Beliau kemudian telah dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi Penolong Setiausaha Zakat , Jajahan Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah.

Tahun 1965 (42 tahun) -selepas selama satu tahun empat bulan berkerja sebagai pegawai zakat, Ustaz Hanafi mengambil keputusan berhenti dari kerja tersebut. Keputusan tersebut dibuat kerana teguran dari
Pak Hj Zain Lebai Abdul Rahman disamping suasana pekerjaan yang ditekan oleh unsur-unsur & tekanan politik.
Tahun 1965 (42 tahun) -berniaga apam balik di Yala, Siam tetapi tidak lama selepas itu berhenti berniaga kerana tidak menguntungkan kerana kejatuhan matawang Siam. Pada tahun ini, beliau telah bertemu dengan Encik Yahaya Said untuk kali kedua pada bulan Disember tahun 1965. Silat Cekak dilahirkan kembali pada 28 Disember 1965 apabila 20 orang penuntut baru telah diijazahkan oleh Encik Yahaya Said. Ustaz Hanafi adalah salah seorang penuntut. Walaubagaimanapun kelas latihan silat belum dijalankan kerana tidak persatuan yang menaungi silat tersebut.


Tahun 1966 (43 tahun) - hasil usaha beberapa rakan dan beliau sendiri, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Sesi Silat, Perkumpulan Seni Seri Budaya Seri Kedah. Perkumpulan ini telah bersetuju digunakan sebagai perkumpulan yang menggerakan Silat Cekak. Selepas menjadi pengerusi Sesi Silat, maka Encik Yahaya Said telah dilantik secara rasmi oleh Perkumpulan Seni Seri Budaya Seri Kedah untuk menjadi Guru Silat. Selepas perlantikan tersebut, barulah kelas pertama Silat Cekak dimulakan. Kemudian kelas silat yang kedua telah dibuka di Telok Wan Jah, Kedah.

Tahun 1968 (45 tahun) -kelas silat seterusnya dibuka di Sungai Petani, Kedah.

Tahun 1970 (47 tahun) -berhijrah ke Kuala Lumpur, meninggalkan anak dan isteri beliau di Kedah. Sesampainya di Kuala Lumpur, beliau telah di sambut oleh sahabat lamanya iaitu Hussin Muhammad atau lebih di kenali Pak Hussin Kelantan .

Tahun 1971 (48 tahun) -di Kuala Lumpur , beliau telah cuba mengembangkan Silat Cekak. Beliau telah sekali lagi mencari persatuan yang boleh membantu beliau untuk mengembangkan silat ini. Kerana Silat Cekak pada waktu itu belum didaftarkan dan adalah menjadi kesalahan untuk menjalankan kelas silat tanpa persatuan atau pendaftaran rasmi. Beliau telah berjaya mendapat kebenaran Persatuan Bawean Putra untuk menaungi silat ini (kebetulan YDP Persatuan Bawean Putra ketika ialah Hussin Muhammad). Beliau kemudian dilantik menjadi ahli dan juga ketua seksi seni silat Persatuan Bawean Putra, Kuala Lumpur (persatuan sepak raga jaring). Kelas pertama di adalah Kampung Bumiputera, Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur di buka. Seramai 12 orang telah mempelajari Silat Cekak.
Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Kedah Malaysia telah didaftarkan. Kelas kedua di Sungei Way dibuka pada 6 Disember 1971.

Tahun 1973 (50 tahun) - membentang kertas kerja bertajuk ‘Silat Cekak Malaysia di Konvensyen Seni Silat Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Mendapat tentangan dari pelbagai aliran persilatan termasuk Silat Kalimah, Gayung dan Lincah.
Tahun 1974 (51 tahun) -kelas pertama di IPT ditubuhkan iaitu di Universiti Malaya Kuala Lumpur pada Julai 1974.
Tahun 1975 (52 tahun) -kelas kedua di IPT iaitu di Institut Teknologi MARA (sekarang UiTM), Shah Alam ditubuhkan.
Kelas ketiga di IPT iaitu di Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia) di tubuhkan.
Kelas keempat di IPT iaitu di Universiti Teknologi Malaysia ditubuhkan.

Tahun 1975 (52 tahun) -nama Persatuan Seni Silat Cekak Kedah Malaysia telah ditukarkan kepada nama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia pada 15 April 1975.

Tahun 1976 (53 tahun)-kelas kelima di IPT iaitu di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang ditubuhkan. Kelas kenam di IPT iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia di tubuhkan pada tahun yang sama.

Tahun 1977 (54 tahun) -penubuhan cawangan Pulau Pinang pada 22 Januari 1977 dan kemudiannya cawangan di Ipoh, Perak pada 27 Mac 1977 ditubuhkan dan lain-lain cawangan pada tahun-tahun berikutnya.

Tahun 1980 - 86 - untuk enam tahun terakhir sebelum akhir hayat beliau, beliau telah banyak melakukan pembaharuan dan melakarkan kejayaan antaranya seperti pembinaan bangunan Silat Cekak, pembukaan kelas di cawangan-cawangan, menubuhkan Koperasi Gerak Jaya berhad, menubuhkan Kelab Sukan Seri Lading, pembukaan Mini Market Gerak Jaya di AU2, Taman Keramat, pembukaan pusat penjagaan kanak-kanak di AU5, Taman Keramat, terlibat ke atas penubuhan PESAKA.





Tahun 1986,13 Ogos (63 tahun) -meninggal dunia di rumah beliau di Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur.




*tambahan
Sebelum mempelajari Silat Cekak, Ustaz Hanafi pernah mempelajari Tomoi Siam, Silat Sendeng dan Silat Terelak. Untuk makluman, beliau merupakan pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).

KELUARGA ALMARHUM USTAZ HAJI HANAFI BIN HAJI AHMAD


Jumaat, Disember 26, 2008

Tok Pulau Manis

Syeikh Abdul Malik atau lebih dikenali Tok Pulau Manis dilahirkan di Kampung Pauh, Hulu Terengganu pada tahun 1060an/1650an, berketurunan Sharif Mohammad, yang berasal dari Baghdad. Menerima pendidikan agama diperingkat awal dari kaum keluarganya sendiri.

Syeikh Abdul Malik kemudiannya belajar di Aceh yang digelar “Serambi Mekah. Adalah dipercayai beliau telah menerima pendidikan secara langsung dari ulama besar Acheh, Syeikh Abdul Rauf Singkel (1030-1050/1620-1693) yang juga seorang tokoh yang berusaha membawa kepada pengukuhan terhadap aliran al-Sunnah wal Jamaah di alam Melayu. Beliau telah menyalin kitab Tafsir Baydawi yang dikarang dalam Bahasa Melayu oleh Syeikh Abdul Rauf Singkel. Selanjutnya beliau menyambung pengajian di Mekah sekitar tahun 1680, ketika beliau dipercayai berumur 30 tahun.

Selama hampir satu dekad di Mekah, beliau telah berguru dengan ulama-ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim al-Kurani (1025-1011/1616-1690), yang juga menjadi guru kepada Syeikh Abdul Rauf Singkel, bersahabat dengan pelajar-pelajar yang seangkatan dan seperjuangan dengannya seperti Tuan Haji Mohd Salleh bin Omar al-Semarani dari Jawa, Dato Syed Abdullah dari Terengganu, Fakeh Abdul Kadir Palimbang, Fakeh Abdul Rahman Patani, Fakeh Abdul Samad Kedah dan Haji Mohamad Siantan dan mengajar apabila terdapat peluang berbuat demikian. Semasa berada di Mekah dan juga Madinah, Syeikh Abdul Malik telah memberi penumpuan kepada keilmuan tiga serangkai, iaitu ilmu-ilmu Fikah, Usuluddin dan Tasawuf disamping Tafsir, Hadis dan ilmu-ilmu bantu seperti nahu, saraf dan sebagainya.

Beliau mendalami Fikah al-Shafie dengan berguru kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani yang telah menggantikan Ahmad Qushashi yang menjadi pengajar kepada pengikut Imam Shafie di sana. Bidang Usuluddin yang diikutinya pula adalah berdasarkan pendekatan Imam al-Asya’ari yang menjadi pegangan umum pengikut ahl-al Sunnah wal Jamaah, manakala bidang Tasawuf yang diceburinya pula adalah berdasarkan etika ubudiyah kepada pengajian Tasawuf.

Syeikh Abdul Malik memilih Tarekat Shadhiliyah yang diasaskan oleh Abu al-Hasan al-Shadili (M. 656/1258) yang berasal dari Maghribi. Beliau berkenalan dengan tarekat ini menerusi pengajiannya iaitu melalui karangan pendukung utama dari kalangan generasi ketiga aliran sufi iaitu Ibnu ‘Athaillah (M. 709/1309). Tulisan yang menarik minatnya itu ialah Al-Hikam disamping al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir, Lata’if al Minan dan Taj al-Arus.

Pengajaran al-Shadhili dan Ibnu ‘Athaillah dianggap lanjutan dari pendekatan Tasawuf al-Imam al-Ghazali dan kitab Ihya ‘Ulumuddin menjadi kitab penting bagi pengajaran bagi Imam Abu al-Hassan al-Shadhili dan pendokong-pendokongnya. Sebagai seorang yang kesedaran tentang peri pentingnya mendalami ilmu Syariat disamping Usuluddin sebagai asas mendalami ilmu Tasawuf, Syeikh Abdul Malik sendiri, sebelum pemergiannya ke Tanah Suci sudah pun mendalami beberapa bidang ilmu tersebut.

Ilmuan yang menjadi rujukannya berjumlah tidak kurang dari 143 orang, diantara yang terpenting di kalangan mereka itu ialah Ibn ‘Athaillah dan Abu al-Hasan al-Shadhili sendiri, Abu al-Abbas al-Mursi, Ibn Arabi, Abu Hafs Umar bin Muhammad bin Abd Allah al-Suhrawardi, Abu Turab al-Khashabi, Abu Yazid al-Bistami, Abu Talib al-Makki, Abu Hamid al-Gahzali, Abu al-Qasim al-Nasr Abadhi, Abu Bakar al-Shibli, Abu Nasr al-Sarrj, Ahmad al-Rifa’i, Ahmad Ibn Hanbal, iBn Abbad, Hassan Basari, Junayd al Baghdadi, Ahmad Zarruq, Shal bin Abdullah, Sirri al-Suqti, al-Sha’rani, Abd al-Salam bin Mashish dan Ma’ruf al-Karkhi. Selain itu, beliau juga banyak merujuk kitab Fusus al-Hikam oleh Ibnu Arabi, Qut al-Qulub oleh Abu Talib al-Makki, karya-karya al-Ghazali seperti Ihya Ulumuddin dan Minhaj al-Abidin, al-Luma oleh Abu Nasar al-Sarraaj al-Tusi, alRi’ayat Li Huquq Allah dan Amal al-Qulub wa al-Jawarib oleh al-Harith al Mushasibi, Sharh terhadap Hikam berjudul Hikam Ibn ‘Athaillah atau Qurrat al-Ayn oleh Ahmad Zarruq dan Halat Ahl al Haqiqat Ma’a Allah oleh Ahmad al-Rifa’i.

Peranan Syeikh Abdul Malik sebagai pengajar di Mekah menyerupai penglibatan sebahagian penting ulama-ulama lain dari seluruh dunia yang menjadikan Tanah Suci sebagai pusat pendidikan. Pelajar-pelajar yang menjadi tumpuan beliau adalah mereka yang datang dari Tanah Jawi. Kedudukan Syeikh Abdul Malik di sini mempunyai persamaan dengan kedudukan ulama-ulama Jawi yang lain seperti Syeikh Daud bin Abdullah Fatani, Syeikh Abdul Samad Palimbang, Syeikh Mohamad Nawawi al-Bentani dan Syeikh Mohamad Khatib bi Abdul Latif Minangkabau. Sebagai guru yang amat meminati Tasawuf beraliran etika Ubudiyah yang diperolehi oleh Imam al-Ghazali, beliau juga memilih mengajar dengan menggunakan karangan-karangan yang menjadikan hasil karya Hujjatul Islam itu. Kitab-kitab yang dimaksudkan itu termasuklah Ihya Ulumuddin. Matan Hikam Ibnu Ata’ul-Lah yang dianggap sebagai lanjutan dari pendekatan etika Ubudiyyah al-Imam al-Ghazali juga ternyata mendapat perhatian istimewa dari Syeikh Abdul Malik. Minat Syeikh Abdul Malik terhadap Matan Hikam diperkukuhkan lagi oleh permintaan sahabat-sahabatnya seperti terjelas dalam Hikam melayunya :

(Dan) sanya telah meminta akan daku setengah saudaraku yang salik bahawa menterjemakan aku akan dia dengan bahasa Jawi supaya memberi manfaat dengan dia segala orang yang mubtadi, maka ku perkenankan atas yang demikina itu dengan sekira-kira yang difahamkan Allah Taala akan daku (dan) adalah au memanjangkan sedikit perkataannya kerana aku memasukkan perkataan sharahnya dengan sekadar kifayah bagi orang mubtadi mengetahui dia......?.

Karangan di atas menunjukkan bahawa sahabat-sahabatnya di Mekah telah memintanya mengarang, sesuatu yang mencerminkan martabat kedudukannya di kalangan kawan-kawannya. Dengan penulisan tersebut Hikam Melayu merupakan sebuah kitab Tasawuf terbesar dan terawal menurut aliran ahli Sunnah wal-Jamaah di dalam Bahasa Melayu.

Adalah dipercayai bahawa Syeikh Abdul Malik pulang ke tanah air sekitar pertengahan tahun 1960an ketika berusia lebih kurang 40 tahun. Kehadirannya di dalam masyarakat tempatan, yang diperkukuhkan oleh Hikam Melayunya serta pertalian dengan pembesar tempatan di Negeri Terengganu. Malah disebabkan oleh pertalian Terengganu dengan Johor, peranan Syeikh Abdul Malik menjadi lebih penting lagi dalam kontek perkembangan sosial semasa. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai beliau dikatakan bertanggungjawab membawa dan menabalkan Zainal Abidin I menjadi sultan pemerintah Negeri Terengganu (1725-1734) yang berlangsung di Tanjung Baru. Raja tersebut juga telah berkahwin dengan anak perempuan Syeikh Abdul Malik. Apabila Syeikh Abdul Malik berpindah dari Hulu Terengganu dan menetap di Pulau Manis baginda juga telah turut sama berpindah dan menetap tempat yang baru sebelum memilih tempat persemayam tetapnya di Kuala Terengganu.

Syeikh Abdul Malik menjadi peneraju program pendidikan agama di Terengganu, sama ada selaku ulama istana atau sebagai guru kepada orang ramai. Di istana, Syeikh Abdul Malik berdampingan bukan sahaja dengan Sultan Zainal Abidin I tetapi juga dengan pembesar-pembesar yang turut berguru dengannya. Di dalam upacara keagamaan, beliau diberi peranan mengetuai majlis-majlis tersebut. Dalam penglibatannya sebagai Syeikh al-Ulama dan Mufti beliau mengeluar fatwa-fatwa berhubung dengan pegangan keIslaman dan hukum hakam. Dengan berpandukan pengalaman pengajian di Jawa, Aceh dan Mekah, beliau telah menjadikan Pulau Manis sebagai tempat pengajaran dan ibadat yang didatangi oleh pelajar-pelajar dari jauh dan dekat. Adapun kitab beliau yang kedua terbesar selepas Hikam Melayu, iaitu Kitab Kifayah merupakan sebuah karya yang merangkumi Usuluddin dan Fekah.

Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis meninggal dalam lingkungan usia 86 tahun iaitu pada tahun 1149H bersamaan 1736 sebagaimana yang terakam pada makamnya.

MAKAM TOK PULAU MANIS

Jumaat, Disember 19, 2008

Sang Belang

Harimau tergolong dalam kerajaan haiwan dalam filum kordata (bersaraf tunjang), sub-filum vertebrata (bertulang belang), kelas mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu), susunan maging (Carnivor), keluarga felidae (kucing), genus panthera, spesies tigris (harimau).

Harimau biasanya memburu mangsa yang agak besar seperti rusa sambar, kijang, babi, kancil, tetapi akan memburu haiwan kecil seperti landak sekiranya ketiadaan mangsa.

Terdapat enam sub-spesies harimau dalam Genus Panhera yang masih hidup pada masa sekarang dari jumlah asal sembilan sub-spesies harimau moden. Tiga sub-spesies harimau yang selebihnya telah dianggap pupus secara rasmi. Sub-spesies harimau yang diketahui adalah seperti berikut:-

  • Harimau Siberia (Panthera tigris altaica) - atau juga dikenali sebagai Amur, Ussuri, Harimau Timur Laut China, atau harimau Manchuria. Harimau Siberia tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput China, Korea Utara, dan Asia Tengah di Russia. Sub-spesies ini merupakan yang terkuat di antara semua jenis kucing liar di dunia.
  • Harimau Cina Selatan (/amoy) (Panthera tigris amoyensis) - yang tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput tengah dan barat Republik Rakyat China. Harimau ini pernah digelar oleh Mao Zedong sebagai satu ancaman kepada keselamatan orang ramai.
  • Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Malaysia, Kemboja, Republik Rakyat China, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam.
  • Harimau Bengal (Panthera tigris tigris) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumputBangladesh, Bhutan, Republik Rakyat China, India dan Nepal.
  • Harimau Sumatra (Panthera tigris sumatrae) - yang tinggal hanya di kepulauan Sumatera.
  • Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni) - yang terdapat di kawasan Semenanjung Malaysia. Sehingga tahun 2004, harimau Malaya tidak diiktiraf sebagai sub-spesies yang berbeza, sebaliknya dianggap sebagai sub-spesies Harimau Indochina.
  • Harimau Bali (Panthera tigris balica) - yang telah pupus sekitar 1937. Harimau Bali pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Bali, Indonesia.
  • Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) - yang telah pupus sekitar 1972. Harimau Jawa pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Jawa, Indonesia.
  • Harimau Caspian (Panthera tigris virgata) - yang telah pupus sekitar 1950an. Harimau Caspian ini pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan dan padang rumputAfganistan, Iran, Mongolia, Turki, dan kawasan Asia tengah Russia.

Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni atau Panthera tigris malayensis) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia. Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari sub-spesies Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) melalui ujian genetik dan filogenik pada tahun 2004. Dianggarkan terdapat 490-510 ekor harimau ini yang hidup liar.

Harimau Malaya merupaka lambang rasmi Malaysia iaitu dalam Jata Negara Malaysia.Lambang ini juga ada dalam logo institusi- institusi Malaysia yang lain seperti Maybank, Proton dan Football Association of Malaysia atau lebih dikenali sabagai FAM. Lambang harimau menunjukkan kepada keberanian dan kekuatan rakyat Malaysia. Harimau Malaya ini juga mendapat pelbagai nama gelaran seperti "Pak Belang" dan sebagainya.

Harimau Malaya juga merupakan nama personifikasi bagi Malaysia. Digelar Pak Belang, ia merujuk kepada dua ekor harimau belang yang terdapat pada lambang negara malaysia yang melambangkan keberanian dan kegigihan rakyat Malaysia mempertahankan tanah air. Harimau Malaya juga merupakan nama gelaran bagi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.



SKUAD HARIMAU MALAYA



LOGO MAYBANK



LOGO PROTON